PENGENALAN
Qurban Mission CSM merupakan sebuah projek ibadah korban yang dikendalikan oleh Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM) kepada pelarian yang berada di Utara Syria, Turki, Lubnan dan Jordan. Projek ini telah memasuki fasa ke-sepuluh sejak ianya mula dilaksanakan sejak tahun 2013. Projek ini bertujuan membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam kalangan pelarian Syria bagi memberi mereka peluang untuk menikmati daging sembelihan sempena Aidiladha, ia juga merupakan salah satu inisiatif kami untuk memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia khususnya untuk sama-sama menunaikan ibadah korban ini di luar negara.
Ditambah lagi dengan dugaan gempa bumi yang melanda pada awal tahun ini serta keadaan ekonomi yang luar biasa (gelombang inflasi global) meningkatkan lagi kadar kemiskinan kepada mereka dan pengurangan bantuan semasa daripada serata dunia juga telah menyebabkan mereka lebih terdedah kepada kelaparan dan kekurangan zat makanan.
Bagi tahun 2023 ini, dengan kerjasama dibawah projek CSM HOPE, akan menyasarkan 150 ekor lembu korban (1,050 Bahagian) untuk dimanfaat oleh lebih 63,000 individu daripada komuniti muslim di Afrika melalui penyertaan ibadah korban ini.
Dengan adanya usaha sebegini, diharapkan ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesusahan dan dapat menggembirakan mereka bagi meraikan Aidiladha bersama insan tersayang tidak kira apa jua keadaan mereka.
MATLAMAT
Memperkukuhkan sistem pemakanan bagi mangsa perang (pelarian) Syria dan komuniti muslim Afrika dengan berkongsi kegembiraan bersama mereka supaya dapat menjalani Hari Raya Korban seperti umat islam yang lain melalui bantuan jangka masa pendek dengan pemberian daging korban/akikah.
Buat kalian yang berniat untuk melaksanakan ibadah korban di Syria, boleh layari link korban4syria.com.
Untuk pelaksanaan ibadah korban di benua Afrika, kalian boleh layari link bit.ly/csmafrika.
#BersihJiwaBersama
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”
Al-Kauthar 108:2