Luluh hati membaca berita banjir dan ribuan mangsa yang terperangkap di kawasan Pantai Timur.
CSM Hope mengambil inisiatif untuk melancarkan Tabung Bencana Banjir Malaysia untuk sama-sama menolong dan membantu ringankan beban komuniti yang terkesan dengan bencana ini. Kolaborasi CSM bersama Pertubuhan Kebajikan Aryana Care pada kali ini akan memfokuskan kepada pembeliaan keperluan pasca banjir seperti :
– Set Makanan Panas
– Kit kebersihan diri
– Lampin bayi pakai buang dan tuala wanita
– Kelengkapan tidur (tilam, selimut & bantal)
– Barang Keperluan Elektrik.
يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ
“Wahai Bumi, Telanlah Air dan Wahai Langit, Berhentilah dari Curahan HujanMu”
Ya Allah Permudahkanlah Segala Urusan. Aaminn ya rabb.
Makluman: CSM HOPE adalah sebuah entiti naungan Cinta Syria Malaysia yang ditubuhkan untuk memberi bantuan kemanusiaan di seluruh dunia.