Projek Sekolah KITA

Kempen ini akan berakhir dalam
00
hari
:
00
:
00
:
00
Kempen Telah Tamat.
Terima kasih Untuk Sumbangan Anda

Target Sumbangan : RM 262,000

0%

Jumlah Sumbangan Sekarang : RM 810

*Agihan bantuan akan dibuat berdasarkan penilaian keperluan penerima manfaat.
Kuantiti Sumbangan:
Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

Setiap hari, ribuan kanak-kanak di Syria, Palestin dan Malaysia bangun tanpa kepastian untuk meneruskan pendidikan. Di negara yang dilanda konflik seperti Syria dan Palestin, sekolah telah musnah, guru kehilangan nyawa, dan anak-anak hilang akses kepada ruang pembelajaran yang selamat.

Di Malaysia pula, pelajar pelarian tidak layak ke sekolah kerajaan, manakala anak-anak dari keluarga B40 berdepan tekanan kewangan yang menyebabkan mereka tercicir atau terus berhenti sekolah.

Situasi ini berlaku akibat perang yang berlarutan, sekatan ekonomi, dan ketidakstabilan politik di negara asal mereka. Di Malaysia, sistem yang tidak mengiktiraf status pelarian menyebabkan pelajar ini tidak mendapat sokongan pendidikan formal. Pendidikan yang sepatutnya menjadi hak asas kini menjadi satu keistimewaan yang tidak semua mampu kecapi. Mereka tidak kurang semangat atau cita-cita, yang kurang hanyalah peluang dan sokongan.

Tanpa bantuan, generasi ini berisiko besar untuk terus hidup dalam kitaran kemiskinan dan trauma. Kadar buta huruf meningkat, risiko menjadi buruh kanak-kanak dan terjerumus dalam jenayah semakin tinggi, dan tekanan emosi tidak tertangani.

Justeru itu, Cinta Syria Malaysia melancarkan Projek Sekolah KITA — satu inisiatif menyeluruh untuk membiayai kos pendidikan, membantu kos pusat pembelajaran, menyokong guru dan memberi semula harapan kepada anggaran lebih 1,000 pelajar. Dengan sokongan anda, kita bukan sekadar menaja pelajar — kita menyelamatkan masa depan mereka.

✨ Apa yang Kami Lakukan?
✅ Menyediakan kelengkapan asas – buku, alat tulis, pakaian sekolah
✅ Bantuan pusat pendidikan
✅ Menyokong aktiviti-aktiviti tahunan pembelajaran
✅ Memberikan sokongan elaun guru yang berdedikasi
✅ Tajaan pendidikan lanjutan
✅ Menyokong bantuan yuran pelajar
✅ Bantuan makanan pelajar

❤️ Kenapa Pendidikan?
Kerana pendidikan bukan hanya tentang buku dan peperiksaan. Ia tentang masa depan yang lebih baik, peluang yang adil, dan harapan yang hidup.

🤝 Jom Jadi Sebahagian Daripada Perubahan Ini
Dengan hanya sumbangan RM10, anda mampu mengubah arah hidup seorang pelajar. Moga setiap kebaikan yang diberikan membuka lebih banyak ruang kebaikkan buat kita dimasa hadapan.

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.

Hulurkan sumbangan anda

*Agihan bantuan akan dibuat berdasarkan penilaian keperluan penerima manfaat.
Kuantiti Sumbangan:

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: RHB Bank Berhad
Penama: PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA
No. Akaun: 21245760024860

Rujukan: EDUCATION

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen