Bantuan Banjir Malaysia

Kempen ini akan berakhir dalam
00
hari
:
00
:
00
:
00
Kempen Telah Tamat.
Terima kasih Untuk Sumbangan Anda

Target Sumbangan : RM 12,000

0%

Jumlah Sumbangan Sekarang : RM 735

Kuantiti Sumbangan:
Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

Bantuan Banjir Malaysia

Pada tanggal 12 Januari 2024 akibat daripada susulan pertembungan air pasang besar dan hujan lebat berterusan bencana banjir di Johor semakin teruk berbanding banjir yang berlaku pada 27 Disember 2023 lepas. Mangsa banjir di Mersing juga terus meningkat daripada 219 orang membabitkan 57 keluarga kepada 595 orang daripada 180 keluarga sehingga jam 8 malam pada 12 Januari 2024. Kesemua mangsa banjir di Mersing telah ditempatkan di empat buat pusat pemindahan sementara (PPS) [Sumber: Berita Harian Online Berita Banjir di Johor]

Oleh yang demikian, CSM HOPE mengambil inisiatif untuk sama-sama menolong dan membantu ringankan beban komuniti yang terkesan dengan bencana ini.

Bantuan yang akan diagihkan adalah mengikut keperluan komuniti seperti berikut:
– Bantuan keperluan sekolah
– Bantuan keperluan kebajikan
– Bantuan Makanan dan Minuman

Moga rezeki yang kita ada, sama-sama dapat kita kongsikan dengan mangsa-mangsa bencana banjir ini.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak sedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita di akhirat nanti.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak” [Al Hadid : 18]

Makluman:
CSM HOPE adalah sebuah entiti naungan Cinta Syria Malaysia yang ditubuhkan untuk memberi bantuan kemanusiaan di seluruh dunia.

 

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.

Hulurkan sumbangan anda

Kuantiti Sumbangan:

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: Maybank
Penama: PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA
No. Akaun: 562834640983

Rujukan: BANJIR

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen