Terkini, lebih 5,000 orang dikhuatiri maut manakala 10,000 lagi hilang selepas hujan lebat di timur laut Libya mengakibatkan dua empangan runtuh sekali gus meningkatkan paras air di kawasan yang sudah sedia ditenggelami banjir, lapor stesen penyiaran CNN.
Sehubungan itu, atas rasa prihatin rakyat Malaysia, Cinta Syria Malaysia (CSM) membuka ruang kepada semua untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa Banjir & Taufan Daniel di Libya dalam usaha membantu mereka.
Inisiatif dana terkumpul daripada tabung Bantuan Kecemasan CSM akan disalurkan bagi operasi menggerakkan projek-projek berikut:
- Makanan sedia dimakan (Ready to Eat)
- Makanan Panas (Hotmeals)
- Bahan Pemanas
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyakkan bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak” [Al Hadid : 18]