🌍 Kembalikan Harapan untuk Keluarga Abu Abdullah

Target Sumbangan : RM 1,300,000

0%

Jumlah Sumbangan Sekarang : RM 348

*Agihan bantuan akan dibuat berdasarkan penilaian keperluan penerima manfaat.
Kuantiti Sumbangan:
Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

Bersama Kita Bina Harapan, Bersama Kita Kembalikan Kehidupan ☘️

Lebih satu dekad konflik telah merobek bumi Syria. Keluarga Abu Abdullah, terdiri daripada 30 buah keluarga, menjadi antara jutaan mangsa yang terpaksa melarikan diri demi kelangsungan hidup.  Sejak 2012, mereka menetap sebagai pelarian di Mafraq, Jordan. Namun kini, setelah kawasan Ghutah dibebaskan pada 8 Disember 2024, peluang untuk pulang akhirnya tiba.

Cinta Syria Malaysia (CSM) mengambil inisiatif membina semula kehidupan mereka – bukan sekadar menyediakan rumah, tetapi mengembalikan kestabilan dan harapan yang pernah musnah ketika dahulu. 🎯 Matlamat Projek 

– Baik Pulih & Bina Rumah
21 buah rumah akan dibaikpulih dan 9 buah rumah akan dibina semula di tanah milik mereka di Ghutah, Damsyik.

– Memudahkan Kepulangan
Memberi peluang kepada 130 individu pulang ke tanah air dengan tempat tinggal yang selamat dan selesa.

– Meringankan Beban Kewangan
Mengurangkan kos tinggi yang menghalang mereka kemabli ke Syria

– Menyokong Pemulihan Komuniti
Membina kembali struktur sosial dan ekonomi komuniti pasca konflik

– Mengeratkan Solidariti Kemanusiaan
Menghubungkan rakyat Malaysia dan dunia kepada perjuangan rakyat Syria

📌 Butiran Projek

🏠 Jumlah Rumah: 30 rumah (21 baikpulih, 9 bina semula)
💰Anggaran Kos: RM1,300,000.00
🧑‍🧑‍🧒‍🧒 Penerima Manfaat: 30 keluarga/130 individu
📍Lokasi: Ghutah, Damsyik, Syria

Setiap Sumbangan adalah pelaburan akhirat✨

Moga setiap sumbangan yang dihulurkan membuka kepada lebih banyak ruang kebaikan buat kita di masa hadapan.

“Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalanAllah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki.”

(Surah Al-Baqarah, 2:261)

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.

Hulurkan sumbangan anda

*Agihan bantuan akan dibuat berdasarkan penilaian keperluan penerima manfaat.
Kuantiti Sumbangan:

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: Maybank
Penama: PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA
No. Akaun: 562834640983

Rujukan: SYRIA BANGKIT

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen