Darurat Banjir

Kempen ini akan berakhir dalam
00
hari
:
00
:
00
:
00
Kempen Telah Tamat.
Terima kasih Untuk Sumbangan Anda

Target Sumbangan : RM 50,000

0%

Jumlah Sumbangan Sekarang : RM 385

Clear
Kuantiti Sumbangan:
Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

Darurat Banjir

Perubahan iklim dunia semakin membimbangkan dan bencana alam yang disebabkan oleh pengaruh cuaca seperti banjir telah memberi kesan buruk kepada komuniti di seluruh dunia.

Pensyarah di Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman berkata, “Saintis juga menjangkakan kondisi ekstrem tersebut akan ‘semakin memburuk’ dalam tempoh 20 tahun ke hadapan. Hal ini membuktikan walaupun perubahan iklim berlaku tanpa disedari, kesannya dapat dilihat dengan mata kasar dalam kehidupan seharian termasuk kejadian banjir yang diakibatkan ketidaktentuan waktu hujan turun dan kadar taburan hujan pada sesuatu masa.” [Sumber: KOSMO, Dis 2021]

Oleh yang demikian, CSM HOPE mengambil inisiatif untuk sama-sama menolong dan membantu ringankan beban komuniti yang terkesan dengan bencana ini.

Bantuan yang akan diagihkan adalah mengikut keperluan komuniti seperti berikut:
– Makanan dan minuman
– Kit kebersihan diri
– Lampin bayi pakai buang dan tuala wanita
– Kelengkapan tidur (tilam, selimut & bantal)

Moga rezeki yang kita ada, sama-sama kita berkongsi dengan mangsa-mangsa bencana banjir ini.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak sedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita di akhirat nanti.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak” [Al Hadid : 18]

Makluman:
CSM HOPE adalah sebuah entiti naungan Cinta Syria Malaysia yang ditubuhkan untuk memberi bantuan kemanusiaan di seluruh dunia.

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.

Hulurkan sumbangan anda

Clear
Kuantiti Sumbangan:

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: Maybank
Penama: PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA
No. Akaun: 562834640983

Rujukan: Banjir

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen