Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan sukacitanya, Ustaz Amin bersama Cinta Syria Malaysia menyokong dan mendokong kempen Ramadan Mission CSM 11.0 bagi bulan Ramadan yang bakal tiba bagi tahun 2024 ini.
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam di seluruh dunia. Namun, di sebalik kegembiraan menyambut bulan suci ini, realiti pahit dialami oleh ribuan pelarian dari Syria yang mencari perlindungan di negara jiran seperti Jordan, Turki, Lubnan dan Malaysia.
Saudara Syria kita terpaksa berhadapan dengan realiti yang memaksa mereka untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang sangat mencabar. Bukan saja perbezaan bahasa dan budaya, tetapi juga ketidakstabilan ekonomi yang menyebabkan kadar kemiskinan dan kekurangan makanan meningkat dalam kalangan komuniti pelarian. Di samping itu, akses kepada perubatan dan pendidikan juga sangat terhad. Tambahan pula, Ramadan tahun ini terpaksa dihadapi di dalam musim sejuk yang sedang menggila.
Cinta Syria Malaysia ingin mengajak orang ramai untuk bersama-sama memperjuangkan hak kemanusiaan pelarian Syria.
Bulan mulia ini, dengan penuh keikhlasan, moga rezeki yang kita ada dapat dikongsi bersama saudara di sana.
Ramadan, share share lah!