Education Mission CSM 4.0

00
hari
:
00
:
00
:
00
Kempen Telah Tamat.
Terima kasih Untuk Sumbangan Anda
Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

Education Mission CSM 4.0

Sebagai satu langkah untuk terus memberikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak Syria di tiga buah Sekolah KITA, Cinta Syria Malaysia telah melancarkan projek Education Mission CSM 4.0 untuk mengumpul dana demi kelangsungan Sekolah KITA.

Tujuan utama projek ini adalah untuk meringankan beban pelarian Syria dan memberi mereka kemudahan akses pendidikan demi melahirkan generasi yang berpendidikan dan berinovasi untuk masa depan Syria.

Objektif Education Mission CSM 4.0 adalah:

  • Mengumpul dana bantuan buat pelarian Syria, di samping memberi dan menyebarkan kesedaran tentang kemanusiaan sejagat mengenai nasib pelarian Syria yang berada di Jordan, Syria dan Malaysia.
  • Mewujudkan kerjasama di antara CSM dengan rakan NGO dari dalam dan luar negara, serta jalinan komuniti bersama pelarian Syria dan masyarakat Malaysia.
  • Menyahut langkah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatuan (PBB) bagi merealisasikan projek keamanan, kesejahteraan dan pembangunan masyarakat dunia menjelang 2030 melalui program ‘Sustainable Development Goals’ (SDG).

Tiga buah Sekolah KITA CSM berada di lokasi seperti berikut:
1) Sekolah KITA I, Mafraq, Jordan.
2) Sekolah KITA II, Afrin, Syria.
3) Sekolah KITA III, Bangi, Malaysia.

Seramai 400 orang pelajar akan menerima manfaat daripada Education Mission CSM 4.0 ini. Bentuk agihan terdiri daripada empat kategori iaitu:
1) Bantuan Pendidikan
2) Pengangkutan Pelajar
3) Makanan Pelajar
4) Sewa Bangunan Sekolah

Pendidikan adalah hak untuk semua. Tidak ada sesiapa pun yang terkecuali serta tidak mengira status, bangsa mahupun agama. Semoga ilmu yang diterima oleh kanak-kanak Syria ini memberi pulangan pahala yang berpanjangan buat para penyumbang projek ini.

‘Your Help, Their Future’

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Surah Al-Hadid: 18)

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.

Hulurkan sumbangan anda

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: Maybank
Penama: PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA
No. Akaun: 562834640983

Rujukan: Education

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen