MySyria: Kampung KITA

Kempen ini akan berakhir dalam
00
hari
:
00
:
00
:
00
Kempen Telah Tamat.
Terima kasih Untuk Sumbangan Anda

Target Sumbangan : RM 493,000

0%

Jumlah Sumbangan Sekarang : RM 175,613

Kuantiti Sumbangan:
Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

MySyria: Kampung KITA

Lebih dari 11 tahun, isu kemanusiaan di Syria masih lagi berada dalam keadaan yang paling kompleks di dunia. Hal ini telah menyebabkan berlakunya
kemusnahan tempat tinggal kekal dan lain-lain infrastruktur asas.

Sehingga kini, seramai 129,803 individu yang memerlukan bantuan kemanusiaan di kawasan Tal Abyad, Utara Syria.

Infrastruktur pendidikan, kesihatan, tempat penempatan kekal dan WASH (Water, Sanitation and Hygiene) berada dalam keadaan yang sangat daif atau tiada langsung di separuh mukim di dalam Utara Syria, termasuk Tal Abyad. Perkhidmatan dan keperluan asas terhalang akibat daripada peperangan dan pengeboman bagi lebih 4.1 juta pengungsi (Internal Displaced Person – IDP) di Syria yang kini kebanyakan mereka menetap di penempatan tidak rasmi seperti kem-kem pelarian, bangunan usang dan tempat perlindungan kolektif.

Akibat daripada ini, ia menyebabkan mereka lebih terdedah kepada ancaman penyakit berjangkit, kebersihan kendiri tidak terurus dan perubahan suhu yang terlampau tanpa tempat perlindungan yang sempurna.

Justeru itu, Cinta Syria Malaysia (CSM) telah mengambil inisiatif untuk menjalankan sebuah projek pembinaan tempat perlindungan atau penempatan kekal kepada mereka bagi memastikan mereka serta keluarga mendapat tempat perlindungan yang selesa dan sesuai dinamakan sebagai rumah.

 

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.

Hulurkan sumbangan anda

Kuantiti Sumbangan:

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: Maybank
Penama: PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA
No. Akaun: 562834640983

Rujukan: Kampung KITA

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen