Mega Event Sekolah KITA

Kempen ini akan berakhir dalam
00
hari
:
00
:
00
:
00
Kempen Telah Tamat.
Terima kasih Untuk Sumbangan Anda

Target Sumbangan : RM 72,500

0%

Jumlah Sumbangan Sekarang : RM 2,325

Kuantiti Sumbangan:
Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

Mega Event Sekolah KITA

Projek pendidikan merupakan inisiatif Cinta Syria Malaysia yang dibangunkan bagi membantu anak-anak pelarian Syria dalam bidang pendidikan. Projek ini diberi nama Sekolah KITA. Sekolah KITA telah dibuka di 3 cawangan yang berbeza iaitu;

  • Sekolah KITA I di Mafraq, Jordan
  • Sekolah KITA II di Afrin, Syria
  • Sekolah KITA III di Bangi, Malaysia.

Di Sekolah KITA I, projek ini lebih memfokuskan pendidikan tidak formal (kelas pengukuhan) secara percuma kepada 78 orang pelajar pelarian Syria. Sekolah ini telah mula beroperasi pada tahun 2016 sehingga kini dan diuruskan oleh sukarelawan Malaysia di Jordan.

Bagi Sekolah KITA II pula, CSM telah berkolaborasi bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan tempatan di Turki. Sekolah ini menempatkan
seramai 250 pelajar berumur 5 sehingga 12 tahun. Projek ini memfokuskan pendidikan secara formal dan menggunakan silibus Turki secara keseluruhan.

Pada tahun 2018, CSM telah menubuhkan satu lagi cawangan Sekolah KITA III yang diberi nama Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (PBACSM). Projek ini, memfokuskan anak-anak pelarian Syria yang berada di Malaysia. Seramai 70 orang murid berumur
daripada 5 sehingga 16 tahun ditempatkan di sekolah ini. Sekolah ini menggunakan silibus International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Senarai projek mega yang akan dijalankan di ketiga-tiga Sekolah KITA adalah seperti Hari Sukan, Agihan Baju Sekolah, Hari Kesihatan, Lawatan Sekolah dan Hari Apresiasi. Oleh itu, sumbangan dana yang mencukupi amat kami perlukan demi keberlangsungan projek-projek mega ini.

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.

Hulurkan sumbangan anda

Kuantiti Sumbangan:

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: RHB Bank Berhad
Penama: PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA
No. Akaun: 21245760024860

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen