Qurban Mission CSM merupakan sebuah projek ibadah korban yang dikendalikan oleh Cinta Syria Malaysia sejak tahun 2013. Tahun ke-9, Cinta Syria Malaysia masih teguh berdiri untuk melaksanakan program ini demi menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Syria, sekaligus meraikan hari kebesaran Islam iaitu Aidiladha.
Pelaksanaan ibadah korban adalah salah satu cara untuk menyempurnakan tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas segala pinjaman, nikmat dan kurniaan-Nya yang tidak terhingga.
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
[Al-Kauthar 108:2]
Objektif utama Qurban Mission CSM 9.0 adalah untuk membantu pelarian Syria meraikan Hari Raya Aidiladha dengan lebih baik.
50,000 pelarian Syria akan menerima manfaat daripada Qurban Mission CSM 9.0
Sasaran Dana Keseluruhan: RM857,00.00
Tarikh sembelihan/agihan: 10 – 13 Julai 2022 (10 – 13 Zulhijjah 1443H)
Bersih jiwa bersama Syria!
“Your Help, Their Future”
Layari korban4syria.com untuk tempahan kambing!