Qurban4Kids: Misi Senyuman Anak PBACSM
Rezeki Korban, Riang Aidiladha
Tahun ini, kami memperkenalkan kempen Qurban4Kids – satu inisiatif istimewa sempena Aidiladha yang menyasarkan pelajar Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (PBACSM), terdiri daripada anak-anak pelarian dan kurang berkemampuan.
🎯 Objektif Kempen:
Mengumpul dana sebanyak RM25,000 bagi:
-
Menampung tabung pendidikan pelajar PBACSM
-
Melaksanakan ibadah Qurban di Malaysia
-
Mengagihkan sebanyak 5kg daging lembu kepada 42 keluarga pelajar bagi meraikan kemeriahan Aidiladha bersama
💝 Kenapa Kempen Ini Penting?
Ramai daripada pelajar ini datang daripada keluarga yang serba kekurangan, dan tidak berpeluang merasai kemeriahan Aidiladha seperti kanak-kanak lain. Melalui agihan daging qurban ini, kita bukan sahaja memberi mereka rezeki fizikal — tetapi juga menyemai kasih, harapan dan semangat kebersamaan.
🤲🏼 Jom Sertai Misi Kebaikan Ini
Setiap sumbangan anda membantu:
-
Memberi senyuman kepada anak-anak PBACSM
-
Menyantuni keluarga pelajar dengan daging qurban
-
Menyokong pendidikan mereka untuk masa depan lebih cerah
Klik butang “Sumbang Sekarang” dan jadilah sebahagian daripada misi kebaikan ini.
Biar anak-anak ini tahu — mereka tidak dilupakan.