Qurban Mission CSM 11.0

Kempen ini akan berakhir dalam
00
hari
:
00
:
00
:
00
Kempen Telah Tamat.
Terima kasih Untuk Sumbangan Anda

Target Sumbangan : RM 304,371

0%

Jumlah Sumbangan Sekarang : RM 60

Kuantiti Sumbangan:
Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

Qurban Mission CSM 11.0


PENGENALAN

Peperangan yang telah berlanjutan selama 13 tahun mengakibatkan rakyat Syria berhadapan dengan isu kemanusiaan. Syria merupakan antara negara yang amat memerlukan bantuan kemanusiaan pada waktu ketika ini untuk meneruskan kehidupan. Akibat daripada isu peperangan ini, rakyat Syria terpaksa berhadapan dengan masalah ekonomi yang luar biasa (gelombang inflasi global) dimana kadar kemiskinan dalam kalangan Pelarian Syria meningkat dengan sangat mendadak. Selain itu, pengurangan bantuan semasa daripada serata dunia juga telah menyebabkan mereka lebih terdedah kepada kelaparan dan kekurangan zat makanan.

Ditambah lagi dengan dugaan gempa bumi yang melanda pada awal tahun 2023 serta serangan berterusan daripada pihak berkepentingan  telah memberikan impak yang besar kepada Pelarian Syria ini untuk terus bertahan.

Oleh yang demikian, Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM) telah mengambil insiatif menlaksanakan sebuah projek Qurban Mission CSM yang memfokuskan kepada agihan daging korban kepada pelarian yang berada di Utara Syria, Lubnan, Jordan dan Malaysia. Objektif perlaksanaan projek ini adalah untuk membantu sekurang-kurangnya 11, 250 individu yang kurang bernasib baik dalam kalangan pelarian Syria bagi memberi mereka peluang untuk menikmati daging sembelihan sempena Aidiladha.

Diharapkan juga melalui perlaksanaan projek ini,  kami untuk memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia khususnya untuk sama-sama menunaikan ibadah korban di luar negara.

Bagi tahun 2024 ini, dengan kerjasama dibawah projek CSM HOPE, akan menyasarkan 120 ekor lembu korban (840 Bahagian) untuk dimanfaat oleh lebih 68,750 individu daripada komuniti muslim di Sri Lanka melalui penyertaan ibadah korban ini.

Dengan adanya usaha sebegini, diharapkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesusahan dan menggembirakan mereka bagi meraikan Aidiladha bersama insan tersayang tidak kira apa jua keadaan mereka.

MATLAMAT

Memperkukuhkan sistem pemakanan bagi mangsa perang (pelarian) Syria dan komuniti muslim Sri Lanka dengan berkongsi kegembiraan bersama mereka supaya dapat menjalani Hari Raya Korban seperti umat islam yang lain melalui bantuan jangka masa pendek dengan pemberian daging korban/akikah.

Harga pakej korban bagi korban di Syria dan Sri Lanka adalah seperti berikut:

Buat kalian yang berniat untuk melaksanakan ibadah korban di Syria, boleh layari link korban4syria.com.


Manakala, kepada yang berminat untuk mneyertai ibadah korban di Sri Lanka, kalian boleh layari link korban4hope.com

#BersihJiwaBersama

“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban
(sebagai bersyukur).”

Al-Kauthar 108:2

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.

Hulurkan sumbangan anda

Kuantiti Sumbangan:

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: Maybank
Penama: PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA
No. Akaun: 562834640983

Rujukan: Qurban

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen