RAMADAN MISSION CSM 11.0

00
hari
:
00
:
00
:
00
Kempen Telah Tamat.
Terima kasih Untuk Sumbangan Anda
Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

RAMADAN MISSION CSM 11.0

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan sukacitanya, Cinta Syria Malaysia melancarkan Kempen Ramadan Mission CSM 11.0 bagi bulan Ramadan yang bakal tiba bagi tahun 2024 ini.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam di seluruh dunia. Namun, di sebalik kegembiraan menyambut bulan suci ini, realiti pahit dialami oleh ribuan pelarian dari Syria yang mencari perlindungan di negara jiran seperti Jordan, Turki, Lubnan dan Malaysia.

Saudara Syria kita terpaksa berhadapan dengan realiti yang memaksa mereka untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang sangat mencabar. Bukan saja perbezaan bahasa dan budaya, tetapi juga ketidakstabilan ekonomi yang menyebabkan kadar kemiskinan dan kekurangan makanan meningkat dalam kalangan komuniti pelarian. Di samping itu, akses kepada perubatan dan pendidikan juga sangat terhad. Tambahan pula, Ramadan tahun ini terpaksa dihadapi di dalam musim sejuk yang sedang menggila.

Cinta Syria Malaysia ingin mengajak orang ramai untuk bersama-sama memperjuangkan hak kemanusiaan pelarian Syria.

Bulan mulia ini, dengan penuh keikhlasan, moga rezeki yang kita ada dapat dikongsi bersama saudara di sana.

Ramadan, share share lah!



Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.

Hulurkan sumbangan anda

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: Maybank
Penama: PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA
No. Akaun: 562834640983

Rujukan: RAMADAN

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen