Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan sukacitanya, Cinta Syria Malaysia melancarkan Kempen Ramadan Mission CSM 12.0 sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba pada tahun 2025.
Bulan Ramadan, yang sinonim dengan keberkatan dan kasih sayang, disambut dengan penuh kegembiraan oleh umat Islam di seluruh dunia. Namun, di sebalik kegembiraan ini, ribuan pelarian Syria yang berada di Syria, Jordan, Turki, Lubnan, dan Malaysia masih bergelut dengan kehidupan biasa seperti kita.
Meskipun Syria telah mencapai pembebasan pada 8 Disember 2024, rakyatnya masih berdepan cabaran besar seperti kekurangan bekalan makanan, kenaikan harga barang, kemerosotan nilai mata wang, dan krisis sumber yang berterusan. Keadaan bertambah kritikal apabila Ramadan kali ini dilalui dalam musim sejuk yang ekstrem, dengan lebih 6.8 juta rakyat Syria kini berada dalam situasi pelarian dan memerlukan bantuan asas untuk meneruskan kehidupan.
Sehubungan itu, Cinta Syria Malaysia mengajak semua pihak untuk bersama-sama memperjuangkan hak kemanusiaan bagi pelarian Syria. Dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan, ini adalah peluang terbaik untuk kita berkongsi rezeki, melunaskan tanggungjawab sosial, dan memberikan sinar harapan kepada saudara-saudara kita di Syria.
Ramadan, share share lah!
Jadilah sebahagian daripada perubahan ini. Hulurkan bantuan anda hari ini dan bersama-sama kita jadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna bagi mereka yang memerlukan.