Roti untuk Syria

00
hari
:
00
:
00
:
00
Kempen Telah Tamat.
Terima kasih Untuk Sumbangan Anda
Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

Roti untuk Syria

Peningkatan kadar inflasi merupakan satu fenomena global yang turut dialami kebanyakan negara lain akibat gangguan rantaian bekalan dan kos tenaga yang meningkat secara mendadak. Hal ini turut menjejaskan ekonomi dan keberlangsungan kehidupan penduduk Syria, terutamanya di bandar Afrin yang terletak di bahagian barat laut Aleppo, Syria.

Kemerosotan ekonomi di Syria telah jatuh secara drastik sejak permulaan tahun 2020. Pada 2021, anggaran seramai 68.6% iaitu seramai 14.2 juta penduduk Syria sangat memerlukan bantuan makanan dan bantuan pertanian. Hal ini terjadi kerana gabungan beberapa faktor termasuk susut nilai mata wang, kehilangan kuasa beli, kenaikan harga makanan, migrasi dalaman, kekurangan sumber pendapatan, kerugian dalam pengeluaran dan aset pertanian dan faktor ini bertambah lebih teruk dengan keadaan pandemik COVID-19 yang masih berterusan hingga ke hari ini.

Roti dalam Bahasa Arab disebut ‘عیش’ (A’isy) yang juga bermaksud hidup. Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya roti dalam kehidupan penduduk Syria. Roti adalah budaya makanan harian mereka dan mesti dihidangkan di meja makan. Ini kerana kandungan kanji roti yang tinggi yang dapat menyediakan sekurang-kurangnya 30% daripada kalori harian yang diperlukan.

Namun mengikut kajian pada Mei 2022, daripada 122 kilang roti yang beroperasi pada Oktober 2019, kebanyakannya tidak dapat dihubungi dan ada 23 kilang roti yang tidak lagi beroperasi. Hal ini disebabkan kekurangan kos operasi dan kos pembelian barangan mentah. Kebanyakan pemilik kilang roti memberitahu kesusahan untuk mencari gandum keluaran tempatan akibat kos pengeluaran yang tinggi dan pengurangan kawasan tanaman gandum yang disebabkan oleh konflik yang berterusan, penutupan laluan, ketiadaan tempat penyimpanan gandum, isu keselamatan dan migrasi dalaman.

Deskripsi Projek

Maklumat Am Projek

 

 

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.

Hulurkan sumbangan anda

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: Maybank
Penama: PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA
No. Akaun: 562834640983

Rujukan: ROTI

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen