Ruang KITA (Sekolah Kabin)

00
hari
:
00
:
00
:
00
Kempen Telah Tamat.
Terima kasih Untuk Sumbangan Anda
Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

Ruang KITA (Sekolah Kabin)

Projek Ruang KITA merupakan sebuah projek pendidikan yang terbahagi kepada dua iaitu sekolah rendah dan juga tadika. Bagi sekolah rendah projek berfokuskan kepada kelas pengukuhan bagi anak Syria yang berumur 7 hingga 11 tahun.

Objektif utama projek ini adalah untuk mengukuhkan kefahaman anak Syria terhadap pelajaran yang telah mereka pelajari di sekolah serta menekankan asas 3M (Membaca, Menulis, Mengira). Antara mata pelajaran yang akan difokuskan adalah Bahasa Arab, Matematik, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Agama Islam.

Timbul inisiatif untuk meneruskan projek ini adalah kerana ibubapa menyuarakan bahawa anak-anak mereka tidak dapat fokus di dalam kelas dengan bilangan rakan sekelas yang ramai. Hal ini kerana anak-anak Syria ini masih terganggu dengan trauma seperti tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sekelas yang membuatkan fokus mereka terganggu. Projek kabin bagi sekolah rendah ini akan berjalan selama 5 hari seminggu iaitu pada hari Ahad hingga Khamis selama 3 jam bermula 8 pagi hingga 11 pagi.

Bagi tadika pula, projek berfokuskan kepada pendidikan awal kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun. Objektif utama adalah bagi memberikan pendedahan awal terhadap anak-anak ini supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi sesi persekolahan di tahap rendah yang sebenar pada masa hadapan. Pembelajaran anak-anak ini juga akan dipersembahkan dengan permainan dan aktiviti yang menyeronokkan. Projek tadika ini juga akan berjalan selama 5 hari seminggu iaitu pada hari Ahad hingga Khamis di sebelah petang selama 3 jam bermula 12 sehingga 3 petang.

Pada peringkat awal projek, sukarelawan Cinta Syria Malaysia yang berada di Mafraq akan membuat tinjauan lapangan bagi menilai dan merancang pelan penambahbaikan. Kemudian, tindakan susulan akan dijalankan setelah mengambil kira keperluan dan penambahbaikan yang diperlukan. Pencarian guru pula akan dibantu oleh Abu Abdullah. Setelah selesai semua kerja penambahbaikan, projek ini akan mula beroperasi sepenuhnya.

 

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.

Hulurkan sumbangan anda

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: Maybank
Penama: PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA
No. Akaun: 562834640983

Rujukan: Sekolah Kabin

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen