Sponsor A Child 5.0

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

Sponsor A Child 5.0

Sponsor A Child merupakan sebuah projek dermasiswa yang dijalankan oleh Cinta Syria Malaysia (CSM) untuk menampung kos pendidikan para pelajar Syria di bawah Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (PBACSM). PBACSM merupakan sebuah inisiatif pendidikan oleh CSM untuk para pelarian Syria yang menetap di Malaysia. Projek ini telah memasuki tahun kelima bermula dari tahun 2020 sehingga kini dan dilaksanakan dengan sokongan masyarakat Malaysia.

Melihat kejayaan projek ini, CSM tekad untuk meneruskan projek dermasiswa pada sesi persekolahan 2024/2025. Namun, disebabkan faktor ekonomi yang merundum dan memberi kesan kepada jumlah tajaan serta bilangan pelajar tajaan pada sesi lepas, Sponsor A Child 5.0 akan dilaksanakan dengan cara yang sedikit berbeza daripada Sponsor A Child yang lepas.

Projek ini menyediakan 3 pilihan pakej kepada penaja iaitu :

● Pakej A – RM 1,050/setahun bagi pelajar Gred 1 – Gred 6
● Pakej B – RM 1,180/setahun bagi pelajar Gred 7 – Gred 9
● Pakej C – RM 1,300/setahun bagi pelajar Gred 10 – Gred 11

Untuk makluman, setiap pakej menampung separuh kos pendidikan sahaja.

 Kami amat mengalu-alukan tajaan penuh bagi setiap pelajar.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Sponsor A Child, sila hubungi +6010-440 5564 (Ana)

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.

Hulurkan sumbangan anda

Kuantiti Sumbangan:

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: Maybank
Penama: PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA
No. Akaun: 562834640983

Rujukan: SPONSOR

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen