Taja Pelajar IGCSE

Kempen ini akan berakhir dalam
00
hari
:
00
:
00
:
00
Kempen Telah Tamat.
Terima kasih Untuk Sumbangan Anda

Target Sumbangan : RM 500,000

0%

Jumlah Sumbangan Sekarang : RM 650

Kuantiti Sumbangan:
Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

Taja Pelajar IGCSE

Tajaan Pelajar IGCSE merupakan satu projek yang dijalankan oleh Cinta Syria Malaysia (CSM) bagi membantu serta memberikan peluang pendidikan kepada pelajar yang telah melengkapkan gred 9 di Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (PBACSM) dengan jayanya. Objektif projek ini adalah membantu membiayai kos pendidikan di peringkat menengah atas iaitu gred 10, gred 11 dan peperiksaan IGCSE.

Antara faktor terbesar CSM menjalankan projek ini adalah disebabkan kos yuran yang sangat tinggi. Kos yuran yang sangat tinggi menyebabkan ibu bapa pelajar terbeban dan cenderung untuk tidak menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pengajian di peringkat seterusnya. Kebanyakkan mereka bekerja sebagai tukang masak di kedai-kedai makan, mekanik dan mengambil upah. Pendapatan bulanan mereka sekitar RM 1,000 sehingga RM 2,000 hanya mampu menampung kos sara hidup seperti sewa rumah, bil utiliti dan makanan harian.  

Para pelajar akan diberi pilihan untuk memilih mana-mana sekolah yang telah berkolaborasi bersama PBACSM seperti Dignity, Ideas Academy dan Genesis. Pelajar juga akan diberi pilihan untuk memilih 5 subjek sahaja. Jika pelajar ingin mengambil lebih daripada 5 subjek itu adalah komitmen ke atas ibu bapa mereka.

Tajaan ini dibahagikan kepada dua bahagian. Yang pertama tajaan penuh dan yang kedua tajaan separuh. Bagi tajaan penuh, pihak penaja akan membayar keseluruhan kos sepanjang tempoh pembelajaran sama ada IGCSE. Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pelajar untuk mendapatkan tajaan penuh: 

  • Markah peperiksaan setiap semester melebihi 75%
  • Kehadiran ke sekolah melebihi 80%
  • Tiada masalah disiplin

 

Manakala bagi tajaan separuh, penaja akan membayar sebanyak 60% dan berbaki 40% perlu ditanggung sendiri oleh ibu bapa pelajar. Antara syarat yang perlu dipenuhi oleh pelajar untuk mendapatkan tajaan separuh adalah  seperti berikut: 

  • Markah peperiksaan setiap semester adalah 60%-74%
  • Kehadiran ke sekolah melebihi 80%
  • Tiada masalah disiplin

 

Penentuan bagi tajaan ini adalah berdasarkan markah peperiksaan semasa di gred 9.

 

Sebagai satu langkah untuk terus memberikan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak Syria di Sekolah KITA III, Cinta Syria Malaysia melancarkan kempen Taja Pelajar IGCSE untuk mengumpul dana demi kelangsungan pendidikan anak-anak di Sekolah KITA III. Tujuan utama kempen ini adalah untuk meringankan beban pelarian Syria dan memberi mereka kemudahan akses pendidikan demi melahirkan generasi yang berpendidikan dan berinovasi untuk masa depan Syria.

“Your Help, Their Future”

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.

Hulurkan sumbangan anda

Kuantiti Sumbangan:

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: Maybank
Penama: PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA
No. Akaun: 562834640983

Rujukan: Education

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen