Winter Mission CSM 11.0

00
hari
:
00
:
00
:
00
Kempen Telah Tamat.
Terima kasih Untuk Sumbangan Anda
Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

Winter Mission CSM 11.0

Bagi kebanyakkan pelarian Syria, ini adalah tahun ke-13 mereka terpaksa menghadapi keadaan yang sama. UNHCR menganggarkan bahawa kira-kira 3.4 juta pelarian Syria dan pelarian dalaman memerlukan bantuan kritikal untuk menghadapi musim sejuk melampau pada tahun ini.

Gabungan sejuk yang melampau, salji yang lebat dan keadaan hidup yang serba kekurangan mengundang kepada risiko yang lebih tinggi. Banyak pelarian tidak mempunyai perlindungan yang baik, pakaian yang sesuai dan sistem pemanasan yang efisien.

Kesihatan mental juga terkesan disebabkan oleh faktor seperti kurang pendedahan cahaya matahari, kurang aktiviti luar dan interaksi sosial, ketidakpastian tentang masa depan dan lain-lain.

Cuaca sejuk juga boleh menyebabkan akses makanan yang terhad. Bantuan makanan musim sejuk bertujuan untuk memberikan rangsangan pemakanan yang mencukupi dan sesuai untuk memenuhi keperluan nutrisi komuniti Syria.

Oleh itu, Cinta Syria Malaysia (CSM) telah melancarkan kempen Winter Mission CSM 11.0 yang bertujuan untuk mengumpul dana serta menghantar bantuan keperluan musim sejuk seperti bantuan makanan, alat pemanas, bantuan pendidikan, kit musim sejuk, bantuan perubatan dan pakaian kepada komuniti pelarian Syria.

 

 

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.

Hulurkan sumbangan anda

Menderma secara manual/Bank Transfer

Jenis Bank: Maybank
Penama: PERSATUAN CINTA SYRIA MALAYSIA
No. Akaun: 562834640983

Rujukan: WINTER

Whatsapp untuk bantuan

Lakukan derma sambil dibantu oleh pegawai kami yang sentiasa bersedia menerima mesej di Whatsapp. Klik di butang Whatsapp.

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen