Program Infaq melalui kaedah pewarisan kepada Persatuan Cinta Syria Malaysia

dengan Kerjasama pihak Kausar Wealth Management & Wasiyyah Shoppe BHD.

Tujuan kerjasama ini bagi membantu orang ramai dalam bahagian pengurusan harta dan memastikan harta yang dimiliki memberikan manfaat kepada waris dan diri selamanya.  Lebih daripada RM 70 billion nilai harta pusaka terbeku di Malaysia dan 90% adalah milik orang islam. 

Play Video

Kaedah Perwarisan Harta Berdasarkan Islam

Wasiat

Wasiat merupakan salah satu kaedah pewarisan yang membolehkan seseorang meninggalkan sebahagian kecil daripada harta peninggalan kepada individu atau entiti yang tidak termasuk dalam ahli faraid. Harta yang boleh diwasiatkan hendaklah atas tujuan amal jariah dan jumlahnya tertakluk kepada had sepertiga daripada keseluruhan harta peninggalan.

Faraid

Hukum Faraid adalah peraturan dalam hukum syarak yang mengaturkan pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang. Hukum Faraid merupakan aspek penting dalam hukum keluarga Islam dan ia adalah perintah Allah SWT yang wajib dipatuhi oleh semua umat Islam (An-Nisa ayat 11-12)

Dalam hukum syarak, ahli waris yang mempunyai hak Faraid ke atas pusaka si mati mestilah memenuhi tiga syarat utama: mempunyai pertalian darah, seorang Muslim, dan mempunyai pertalian perkahwinan.

Hibah

Wasiat merupakan salah satu kaedah pewarisan yang membolehkan seseorang meninggalkan sebahagian kecil daripada harta peninggalan kepada individu atau entiti yang tidak termasuk dalam ahli faraid. Harta yang boleh diwasiatkan hendaklah atas tujuan amal jariah dan jumlahnya tertakluk kepada had sepertiga daripada keseluruhan harta peninggalan.

Semaian Saham Akhirat Melalui Pewarisan

Bagaimana?

Setelah meninggal dunia, pemilik harta boleh meneruskan hasrat untuk membiayai program kebajikan dan misi kemanusian CSM melalui pewarisan harta untuk saham akhirat. 

Harta yang memiliki boleh dihibahkan atau diwasiatkan kepada CSM untuk tujuan infak buat yang memerlukan sekaligus menjadi bekalan yang berterusan di sana.

“Apabila manusia meninggal dunia terputuslah pahala amalannya kecuali daripada tiga sumber: Sedekah yang berterusan faedahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”

Jenis Harta yang boleh diinfakkan

Ingin bersama kami?

Jika Tuan/Puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut akan Projek Hibah Lil Infaq ini boleh lengkapkan maklumat di bawah untuk kami hubungi.

Jika Tuan/Puan memerlukan nasihat dari kami untuk urusan pengurusan harta yang boleh diinfakkan, kami Perundingan Pewarisan CSM sedia membantu untuk memberikan solusi yang holistik dan komprehensif.

Anda juga boleh berhubung terus dengan wakil Perundingan Pewarisan CSM

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen