Share Duit Poket

Sila pilih amaun di bawah. Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman seterusnya untuk melengkapkan bayaran derma.

PERLUKAN BANTUAN?

Kami di Cinta Syria Malaysia sedia membantu anda yang ingin menyumbangkan derma. Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan, boleh hubungi pegawai kami melalui butang Whatsapp di bawah.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

Share Duit Poket

Ini merupakan kutipan secara bulanan atas nama projek Share Duit Poket dibawah kelolaan Cinta Syria Malaysia. Cinta Syria Malaysia merupakan NGO yang komited dalam memberi bantuan dan sumbangan kepada pelarian Syria khususnya dalam bidang pendidikan di kalangan anak-anak pelarian Syria.

Projek ini akan memberi fokus kepada pelarian Syria yang memerlukan dari segi 3 aspek penting iaitu Kecemasan, Pendidikan dan juga kelangsungan hidup mereka.

Inisiatif dana terkumpul daripada Share Duit Poket CSM akan disalurkan bagi operasi menggerakkan projek-projek berikut :

 

Bantuan Kecemasan seperti :

  1. Bantuan Asas Makanan & Pakaian
  2. Bantuan Kesihatan & Perubatan
  3. Bantuan Psikologi & Kemanusiaan
  4. Bantuan Infrastruktur & Tempat Pelindungan

 

Bantuan Umum Sekolah seperti :

  1. Aktiviti & Program Pendidikan Sekolah KITA 1, 2, 3 (Jordan, Turki dan Malaysia)
  2. Bantuan Infrastruktur Sekolah KITA 1, 2, 3 (Jordan, Turki dan Malaysia)
  3. Bekalan Utiliti & Pengurusan
  4. Bekalan Pembangunan Modul Pembelajaran
  5. Keperluan pendidikan yang memerlukan bagi Sekolah KITA 1, 2, 3 (Jordan , Turki dan Malaysia)

 

Bantuan Projek Kelangsungan (Sustainable Projek) seperti :

  1. Bantuan Kesihatan & Perubatan Hospital serta Klinik
  2. Bantuan Tempat Pelindungan Tetap
  3. Prasana Sekolah/Tempat Pendidikan
  4. Bantuan Pembinaan Saluran Air & Elektrik

 

Maklumat Bantuan :

  • Sasaran : RM1,000,000.00 / setahun
  • Sasaran penderma : 34,000 orang penderma / setahun
  • 1 tajaan : RM30 atau seikhlas hati
  • Kelebihan yang akan diperoleh : Resit pengecualian cukai bagi penderma yang mengikutiprojek ini sekurang-kurangnya setahun bagi plan RM30 & plan RM50/RM100 selama 6 bulan.

Anda boleh menghulurkan sumbangan secara bulanan (auto-debit) untuk tempoh 12 bulan (1 tahun) dengan pilihan berikut :

  • RM30
  • RM50
  • RM100

Sumbangan ini dibuat melalui SENANGPAY iaitu sebuah sistem online payment gateway yang selamat dan mudah.

 

Cara Menyumbang :

  • Klik pada butang nilai sumbangan (RM30, RM50, RM100)
  • Isi butiran lengkap SENANGPAY
  • Tanda setuju pada terma & syarat SENANGPAY
  • Klik pada butang pay online

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak” [Al Hadid : 18]

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen