Sponsor A Child 3.0

Sila pilih amaun di bawah. Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman seterusnya untuk melengkapkan bayaran derma.

PERLUKAN BANTUAN?

Kami di Cinta Syria Malaysia sedia membantu anda yang ingin menyumbangkan derma. Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan, boleh hubungi pegawai kami melalui butang Whatsapp di bawah.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:

Facebook
Twitter
WhatsApp

Sponsor A Child 3.0

Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (PBACSM) mula beroperasi sepenuhnya pada 8 Januari 2018 yang menempatkan 57 orang pelajar tadika dan sekolah rendah. Sekolah telah beroperasi selama dua tahun dan pengambilan pelajar semakin meningkat begitu juga dengan fasiliti dan taraf pendidikan di sekolah bagi memastikan pendidikan yang disediakan sentiasa berkembang dan menepati kehendak semasa. Kualiti pendidikan sentiasa dijaga bagi memastikan anak-anak ini menggenggam segulung ijazah yang bermanfaat tinggi untuk mereka iaitu sijil “International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)”.

Pelbagai kempen bantuan kemanusiaan diadakan oleh pihak CSM bagi mengumpul dana bantuan buat pelarian Syria dan salah satu fokus adalah kepada pendidikan. Kali ini, pihak CSM memfokuskan bantuan pendidikan dalam program Sponsor A Child.

Pendidikan masih menjadi fokus utama keluarga Syria di Malaysia walaupun sedang berhadapan dengan krisis kewangan. PBACSM terpaksa akur dengan hakikat tersebut dan cuba untuk membantu meringankan beban keluarga pelajar Syria.

Melihat kejayaan program Sponsor A Child yang lepas, PBACSM mengambil keputusan untuk meneruskan lagi program ini bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut serta bersama kami membantu pelajar Syria demi masa depan mereka.

Program Sponsor A Child merupakan sebuah program dermasiswa kepada para pelajar PBACSM untuk membantu menampung kos pendidikan, perubatan dan kecemasan pelajar. 24 orang pelajar telah dipilih untuk ditaja berdasarkan kepada pendapatan ibu bapa pelajar, jumlah tanggungan ibu bapa pelajar dan tahap akademik pelajar.

Justeru itu, PBACSM mengambil inisiatif ini untuk menjalankan program Sponsor A Child dengan sasaran sebanyak RM 49,400 bagi membantu seramai 24 pelajar untuk terus bersemangat menimba ilmu.

 

Objektif:

  • Melahirkan sikap keprihatinan rakyat Malaysia terhadap isu kebajikan anak-anak Syria yang kurang berkemampuan dalam menghadapi perkembangan hidup di Malaysia.
  • Membantu dari segi tajaan pendidikan kepada pelajar Syria PBACSM sekaligus dapat meringankan kos sara hidup keluarga pelajar di Malaysia.
  • Membentuk satu jalinan hubungan di antara keluarga Malaysia dan keluarga Syria yang dapat membantu daripada segi sokongan moral.

Kempen ini dijalankan oleh

Cinta Syria Malaysia (dulunya dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)), merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan yang mensasarkan golongan pelarian Syria.

0
    0
    Sumbangan Anda
    Tiada SumbanganLihat Semua Kempen