{"id":28487,"date":"2023-09-26T10:57:54","date_gmt":"2023-09-26T02:57:54","guid":{"rendered":"https:\/\/sumbangan.cintasyriamalaysia.com\/?post_type=product&p=28487"},"modified":"2023-09-26T10:59:03","modified_gmt":"2023-09-26T02:59:03","slug":"mvxdrmaiza","status":"publish","type":"product","link":"https:\/\/sumbangan.cintasyriamalaysia.com\/donations\/mvxdrmaiza\/","title":{"rendered":"Klinik Medical Village 2.0 x Dr. Maiza"},"content":{"rendered":"
Medical Village<\/em>\u00a0merupakan projek menaiktaraf akses perkhidmatan penjagaan kesihatan primer (PHC) dijalankan dengan usahasama Cinta Syria Malaysia (CSM) bersama Union of Relief and Development Associations (URDA).<\/p>\n Menurut laporan Penilaian Kerentanan Pelarian Syria (VASyR2021) di Lubnan, <\/span>kejatuhan ekonomi, inflasi, COVID-19 <\/b>dan juga <\/span>letupan yang berlaku di Beirut <\/b>memberi tekanan yang sangat dahsyat kepada masyarakat Lubnan termasuklah pelarian <\/span>Syria. <\/span><\/p>\n Bencana ini telah menjadikan ribuan keluarga di Lubnan terjerumus dalam <\/span>kemiskinan yang lebih teruk. Antara kerisauan VASyR adalah penambahan isi keluarga <\/span>yang hidup di bawah <\/span>tahap kemiskinan iaitu, 94% pada tahun 2020 berbanding <\/b>89% pada tahun sebelumnya<\/b>. <\/b>Inilah kesusahan yang sedang dialami oleh <\/span>pelarian Syria pada masa ini.\u00a0<\/span><\/p>\n Menurut kajian, <\/span>purata hutang <\/b>setiap isi keluarga <\/span>meningkat sebanyak 18% <\/b>iaitu <\/span>setiap keluarga berhutang pada <\/span>purata LBP 3,430 000.00.\u00a0<\/b><\/p><\/blockquote>\n Menurut VASyR punca utama pelarian Syria ini menanggung hutang adalah kos <\/span>pembelian makanan harian (93%) diikuti kos perubatan (49%) dan kos <\/span>sewa (31%). Seperti tahun sebelumnya, 9 per 10 isi keluarga masih lagi dibebani <\/span>dengan hutang disebabkan keperluan asas mereka yang tidak pernah mencukupi.\u00a0\u00a0<\/span><\/p>\n Oleh yang demikian, atas keberkesanan Medical Village 1.0 <\/em>yang memberi manfaat bukan sahaja kepada pelarian Syria dan Palestin, malah kepada masyarakat Lubnan juga, CSM dan URDA meneruskan projek ini bagi peringkat kedua iaitu Klinik <\/em><\/strong><\/span>Medical Village 2.0.<\/em><\/strong><\/p>\n Secara tidak <\/span>langsung, Klinik <\/strong><\/em><\/span>Medical Village 2.0<\/em> ini akan mengurangkan beban <\/b>di Pusat Kesihatan Primer dan <\/span>Sekunder dan tahap kematian di kalangan pesakit.<\/span><\/p>\n