{"id":36432,"date":"2023-11-21T15:52:42","date_gmt":"2023-11-21T07:52:42","guid":{"rendered":"https:\/\/sumbangan.cintasyriamalaysia.com\/?post_type=product&p=36432"},"modified":"2024-02-22T13:34:38","modified_gmt":"2024-02-22T05:34:38","slug":"taja-pelajar-igcse","status":"publish","type":"product","link":"https:\/\/sumbangan.cintasyriamalaysia.com\/donations\/taja-pelajar-igcse\/","title":{"rendered":"Taja Pelajar IGCSE"},"content":{"rendered":"

Tajaan Pelajar IGCSE <\/b>merupakan satu projek yang dijalankan oleh Cinta Syria Malaysia (CSM) bagi membantu serta memberikan peluang pendidikan kepada pelajar yang telah melengkapkan gred 9 di<\/span> Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (PBACSM) dengan jayanya. Objektif projek ini adalah membantu membiayai kos pendidikan di peringkat menengah atas iaitu gred 10, gred 11 dan peperiksaan IGCSE.<\/span><\/p>\n

Antara faktor terbesar CSM menjalankan projek ini adalah disebabkan kos yuran yang sangat tinggi. Kos yuran yang sangat tinggi menyebabkan ibu bapa pelajar terbeban dan cenderung untuk tidak menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pengajian di peringkat seterusnya. Kebanyakkan mereka bekerja sebagai tukang masak di kedai-kedai makan, mekanik dan mengambil upah. Pendapatan bulanan mereka sekitar RM 1,000 sehingga RM 2,000 hanya mampu menampung kos sara hidup seperti sewa rumah, bil utiliti dan makanan harian.\u00a0\u00a0<\/span><\/p>\n

Para pelajar akan diberi pilihan untuk memilih mana-mana sekolah yang telah berkolaborasi bersama PBACSM seperti Dignity, Ideas Academy dan Genesis. Pelajar juga akan diberi pilihan untuk memilih 5 subjek sahaja. Jika pelajar ingin mengambil lebih daripada 5 subjek itu adalah komitmen ke atas ibu bapa mereka.<\/span><\/p>\n

Tajaan ini dibahagikan kepada dua bahagian. Yang pertama tajaan penuh dan yang kedua tajaan separuh. Bagi tajaan penuh, pihak penaja akan membayar keseluruhan kos sepanjang tempoh pembelajaran sama ada IGCSE. Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pelajar untuk mendapatkan tajaan penuh:\u00a0<\/span><\/p>\n